728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 9 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-003Euro Dollar terus menyusut hampir 50 mata dengan membuat paras rendah terbaru untuk tahun ini sekitar 1.2250 sebelum pasaran New York dibuka pada Isnin.  Presiden ECB Mario Draghi yang berucap pada sesi mesyuarat terakhir 2014 di Ibu Pejabat ECB yang baru di Frankfurt baru-baru ini, terus menekankan yang beliau tidak akan berganjak dari program ransangan ekonominya untuk 2015 walaupun program seumpama itu telah gagal di Jepun dan kejayaan yang meragukan di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Walaupun terdapat spekulasi pasaran yang mengatakan ECB akan juga membeli emas disamping bon-bon negara Kesatuan Eropah, selepas Gabenor Bank Pusat Luxembourg menyatakan ECB boleh membeli pelbagai aset dalam program ransangan ekonominya pada 17 November lalu; Presiden Mario Draghi dengan tegas menyatakan emas tiada dalam perbincangan mereka.

Dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari Euro-Zone dan Amerika Syarikat; dengan hanya “Trade Balance” Jerman yang dijangkakan stabil pada 18.5 billion Euro beserta Mesyuarat Ekonomi dan Kewangan Eropah beserta data “wholesale inventories” dari Amerika Syarikat yang dijangkakan stabil pada 0.3%; pasaran dijangka didagangkan pada suasana “ranging”.

telegram-moshed

Anda mempunyai Instagram ? Follow saya di @MoshedFX

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register