Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 9 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-008

Euro Dollar melonjak lebih 70 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.0900 sebelum menutup sekitar paras 1.0890; setelah Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Euro-Zone dilaporkan seperti jangkaan. Pada masa yang sama, tanpa data ekonomi utama dari AS sehingga jualan runcit Jumaat ini, harga komoditi dilihat akan memacu dagangan minggu ini.

Di pasaran Eropah, pertumbuhan Euro-Zone pada suku ketiga telah disokong oleh penggunaan swasta dan perbelanjaan kerajaan, ekoran eksport yang mengalami kelembapan dalam perdagangan global.  Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) dalam blok 19 negara Eropah itu meningkat 0.3% dalam tempoh tiga bulan sehingga September, selepas berkembang 0.4% pada suku sebelumnya, menurut Pejabat Statistik Kesatuan Eropah di Luxembourg semalam.

telegram-moshed

Data tersebut datang kurang dari seminggu, selepas Bank Pusat Eropah menurunkan salah satu daripada kadar utama kepada rekod terendah dan memperluaskan program pembelian aset kepada sekurang-kurangnya €1.5 trilion ($1.6 trilion) untuk menyokong pemulihan ekonomi di rantau itu dan membawa inflasi lebih dekat ke sasaran 2%. Walaupun perbelanjaan domestik mendapat manfaat daripada harga minyak yang lebih rendah, eksport merudum kesan dari kelembapan ekonomi di pasaran negara membangun.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register