banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 9 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-003Euro Dollar yang telah merudum lebih 200 mata sejak Isnin lalu, jatuh lagi Khamis semalam, ke serendah 1.1755 pada sesi pembukaan New York; apabila “factory orders” Jerman, “retail sales” dan “consumer confidence” Euro-Zone keluar jauh meleset dari sebelumnya.  Tempahan tahunan untuk pekilang di Jerman merudum kepada -0.4% dari 2.6% dan jualan runcit tahunan diseluruh Kesatuan Eropah menunjukkan penguncupan sebanyak 0.1% serta keyakinan pengguna yang semakin lemah.

Euro-Zone yang berdepan dengan keinginan ECB untuk melancarkan “Quantitative Easing” (QE) pada mesyuaratnya 22hb ini, bakal berdepan dengan nilai Euro yang lemah untuk meningkatkan eksport.  Pada masa yang sama, inflasi dilihat bakal memuncak lantaran kejatuhan kuasa membeli.  Potensi “Grexit” juga menyebabkan sentimen pasaran terus “bearish” terhadap Euro, walaupun Greece hanyalah menyumbang tidak sampai 2% dari GDP Kesatuan Eropah.

Hari ini, data berimpak sederhana “industrial production” dan “trade balance” dari Jerman bakal berdepan dengan NFP dan “unemployment rate” yang berimpak tinggi dari Amerika Syarikat.  Walaupun data NFP dijangka mengurang dari 321 ribu kepada 240 ribu, dan “unemployment rate” dijangka stabil pada 5.7%; sebarang peningkatan nilai EUR|USD, dilihat sebagai peluang untuk terus menjual Euro.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register