728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 9 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-018

Euro Dollar kembali memacu naik lebih 220 pips Isnin semalam, dari paras terendah harian sekitar 1.1085 ke setinggi 1.1305 sebelum menutup sekitar paras 1.1290; selepas data perindustrian Jerman menunjukkan peningkatan yang lebih baik dari jangkaan.  Jerman yang dijangka menjana pertumbuhan aktiviti perindustrian sebanyak 0.6% berbanding -0.4% sebelum ini, mengejutkan pasaran dengan angka 0.9%

Pada masa yang sama, para pedagang masih gugup menunggu rundingan IMF dan Greece, dimana Greece mengikat perjanjian untuk menangguhkan pembayaran balik hutang terbarunya. Kelewatan bakal memberikan Athens sehingga akhir bulan ini untuk mencapai persetujuan dengan pemiutangnya, dan memenuhi syarat-syarat bantuan dana kecemasan.

Di pasaran Amerika Syarikat, laporan NFP yang begitu memberansangkan Jumaat lalu, memberi isyarat pengesahan untuk Fed bahawa ekonomi bergerak pada kadar yang baik dan rancangan mereka untuk menaikkan “interest rate” pada bulan-bulan akan datang, adalah selaras dengan kemajuan dalam pasaran buruh tempatan. Sudah ada suara-suara yang mencadangkan bahawa Feds akan bergerak ke hadapan dan mengetatkan dasar mereka lebih awal daripada yang dijangkakan; tetapi ramai penganalisis masih percaya bahawa mesyuarat September ini adalah masa yang paling sesuai.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register