banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 9 Mei 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 9 Mei 2016

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1.1476 ke serendah $1.1386, sebelum menutup sekitar paras $1.1401; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada komen-komen terbaru dari beberapa Presiden Feds cawangan yang mahukan kadar dinaikkan pada Jun ini, sekiranya data ekonomi AS memberansangkan.

Dalam laporan pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) yang terbaru, AS menambah 160 ribu pekerjaan berbanding 203 ribu jangkaan.  Angka sebelum ini juga disemak turun dari 215 ribu kepada hanya 208 ribu.  Purata pendapatan lebih baik pada 0.3% seperti jangkaan berbanding 0.2% pada bulan lepas. Kadar pengangguran dilaporkan stabil pada 5%.

Beberapa bank pelaburan terus menegaskan kekuatan Dollar AS menjelang mesyuarat FOMC pada Jun ini.  Goldman Sachs, dalam laporan terbarunya kepada pelanggan, terus menyarankan pembelian Dollar.  Minggu lepas Dollar membuat lantunan dari kejatuhan lebih 7%, selepas beberapa Presiden Feds cawangan menggesa kadar dinaikkan segera.

telegram-moshed

Hujah mereka, ialah sekiranya kadar tidak dinaikkan segera, ianya akan menjadi lebih susah untuk dinaikkan pada masa depan kerana keadaan pasaran yang akan menjadi kucar-kacir dengan kenaikkan kadar.  Ianya perlu dinaikkan secara berkala dan dalam jumlah yang dapat ditampung oleh pasaran.  Dalam keputusan kadar AS yang terakhir pada Disember tahun lepas, FOMC menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas kepada julat maxima 0.5%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register