Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 9 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-006

Euro Dollar menjunam lebih 180 pips dalam masa sejam pada Jumaat lalu, ke paras terendah dalam masa 6 bulan sekitar 1.0705 sebelum menutup sekitar 1.0740; setelah Pengeluaran Perindustrian Jerman dilaporkan lebih rendah daripada jangkaan. Pada masa yang sama, laporan lonjakan dalam pekerjaan AS yang mengatasi setiap jangkaan bakal mencetuskan kenaikan kadar pada Disember ini; sekaligus menambah permintaan untuk Dollar dan merudumkan Euro.

Peningkatan yang ditunggu-tunggu dalam gaji pekerja akhirnya menjadi kenyataan. Purata upah setiap jam yang dibayar kepada pekerja-pekerja Amerika meningkat 0.4% pada bulan Oktober dan mencatatkan kenaikan paling tinggi dalam masa 12 bulan sejak pertengahan 2009. Pekerja biasa memperolehi $25.20 sejam pada bulan Oktober, naik 9 sen dari bulan sebelumnya.  Dari Oktober 2014 hingga Oktober 2015, upah meningkat 2.5% – kenaikan tahunan terbaik sejak Amerika Syarikat keluar dari kemelesetan pada Jun 2009.

telegram-moshed

telegram-moshed

Amerika Syarikat menambah peluang pekerjaan baru pada kadar terpantas tahun ini, pada Oktober lalu; sekaligus membawa kadar pengangguran AS turun ke paras tujuh tahun terendah dan dijangka menetapkan Federal Reserve AS untuk menaikkan kadar sebelum tahun ini berakhir.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register