728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Mingguan 3-7 Nov 2014

siapa-mario-draghi-moshedfx

Pembukaan minggu ini EURUSD junam 87 mata selepas Bank of Japan umumkan program rangsangan ekonomi dan GDP US yang meningkat pada 3.5%. Kesemua ini bakal menekan European Central Bank(ECB) untuk lancarkan usaha rangsangan ekonominya juga.

Berita baik kepada stock market apabila US ekonomi kian bertambah baik dan pendapatan stabil. Us ekonomi nampaknya bertambah baik di mana ia telah menyebabkan FED untuk tidak lagi menyambung perkembangan kewangannya. Pada 2008 apabila krisis bermula, Fed mempunyai balance sheet lebih kurang $850 Billion, tetapi selepas 4 round QE program, balance sheet hampir kepada $4.4 Trillion. Walaupun US tidak lagi mengembangkan program supply duitnya ke dalam tetapi balance sheet itu juga sedikit membimbangkan.

Perkembangan kewangan US sudah berakhir. Walaupun Japan masih bergantung kepada QE, tetapi disebabkan ekonomi US yang kuat dan bertambah kuat, ia memberikan impak positif kepada dunia. Pada jangka masa pendek, US boleh mengurangkan kelesuan ekonomi dunia. Ideanya lebih kurang macam tu lah. Walaupun Eropah melemah, Japan tengah struggle teruk, China pula tengah slow seperti panda, jika GDP US boleh maintain bertahan pada level 3.5% ke 4% atau lebih, kelembapan ekonomi dunia akan berkurang.

Walaupun awal minggu hari itu, US index buat capai ketinggian yang bagus, tetapi minggu ini tertumpu pada UK dan eurozone ECB, tertumpu pada mesyuarat mereka. Hari Khamis, 9.30pm waktu Malaysia ECB ada buat press conference. Ramai penganalisa mengatakan yang Mario Draghi (presiden ECB) akan dicabarkan keboleh leadershipnya, nak tengok samada dia boleh bawa EUR ke atas atau tidak. Sebab tu dalam minggu ini kita tengok EUR ada naik sikit berbanding USD.

Apa-apa pun kena tunggu Khamis punya news, 8.45pm ada Min Bid Rate dan 9.30pm ECB Press Conference, agak high impact tu.

 

 

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register