Share This Post

Forex dan Komoditi

EUR/USD Kekal Tanpa Arah Yang Jelas, Pasaran Menunggu Data Yang Lebih Signifikan Hari Ini

EUR/USD Kekal Tanpa Arah Yang Jelas, Pasaran Menunggu Data Yang Lebih Signifikan Hari Ini

Pasangan matawang EUR/USD turun naik sekitar 52 pips semalam berikutan kurangnya data fundamental yang signifikan untuk menentukan arah tuju yang lebih jelas kepada dolar dan euro, merekodkan kenaikan tertinggi di paras 1.1978 dan terendah 1.1926 pada hari Selasa.

Di sesi Eropah, euro masih sedikit lemah berbanding dolar, dengan EUR/USD naik 0.18% kepada 1.1987 daripada penutupan semalam setakat jam 2.20 petang.

Semalam, euro berbanding pound pula jatuh mendadak dengan bacaan data inflasi UK yang berkembang diluar jangkaan, menyukarkan pengukuhan euro. Hari ini EUR/GBP masih bergerak sekitar 0.90, selepas jatuh hampir 80 pips pada sesi yang lalu.

US juga melaporkan bacaan data penawaran pekerjaan Amerika yang positif, naik 6.2 juta, walaupun bacaan tawaran pekerjaan sektor kerajaan turun 58K. Data yang positif menyokong pengukuhan dolar sesi New York yang lalu.

Walau bagaimanapun, indeks dolar US gagal memecahkan paras resistance 92.00. Di sesi Eropah hari ini, dolar jatuh 0.15% ke paras 91.75.

Laporan indeks harga pengeluar (PPI) US malam ini menjadi fokus. Perkembangan yang tinggi akan mencerminkan inflasi pengguna yang tinggi dalam jangka masa serdehana, sekali gus membantu greenback untuk kembali mendapat kekuatan, membolehkan EUR/USD untuk membuat pembetulan (correction) harga yang lebih jauh.

Tumpuan turut diberikan pada laporan bekalan minyak mentah US oleh EIA malam ini, dimana data yang positif akan meningkatkan permintaan terhadap matawang komoditi seperti loonie, aussie dan kiwi (CAD,AUD,NZD)

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!