Share This Post

EUR/USD / Forex dan Komoditi

Eur/Usd Melonjak 232 Pip Sejak Sesi Rabu

Eur/Usd Melonjak 232 Pip Sejak Sesi Rabu

Eur/Usd melonjak 232 pip dari paras terendah Rabu sehingga paras tertinggi sesi dagangan Khamis di 1.0619, dan ketika ini didagangkan stabil sejak sesi Asia pagi tadi.

Eur/Usd pada awal minggu ini membuat penurunan selepas melonjak dalam sesi dagangan Jumaat minggu yang lalu. Pasaran beranggapan kenaikan Eur/Usd ketika ini adalah disebabkan ketidaktentuan dalam pentadbiran baru Amerika, dengan Trump yang akan memasuki White House pada 20 Januari ini.

Eur/Usd memulakan kenaikan pada minggu ini selepas laporan minit mesyuarat FOMC dikeluarkan pada pagi Khamis. Penguatan Euro berbanding US dolar adalah berikutan isi penting laporan mesyuarat bahawa ketidaktentuan yang tinggi dalam ekonomi US terhadap polisi yang akan dibawa oleh Trump.

Eur/Usd dilihat terus menguat pada Khamis selepas mencatatkan kenaikan 114 pip pada Rabu. Kita juga dapat melihat terdapat pattern bullish engulfing yang terbentuk sebelum sesi dagangan Khamis yang menunjukkan isyarat bullish bagi pasangan matawang ini, dan ia diterjemahkan dengan kenaikan sebanyak 141 pip pada Khamis.

Untuk meneruskan kenaikan, Eur/Usd akan berhadapan dengan resistance di 1.0654 iaitu paras tertinggi minggu lalu dan seterusnya di sekitar 1.0700.

Ketika ini Eur/Usd didagangkan pada harga 1.0585 yang bergerak dalam julat 30 pip sejak pagi tadi. Hal ini berikutan pasaran masih menunggu laporan NFP pada pukul 9.30 malam ini.

 

 

PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!