Share This Post

Forex dan Komoditi

EURUSD pasca ‘ECB rate cut’

EURUSD kembali didagangkan stabil hari ni selepas mengalami kejatuhan hampir 200 pips pada hari Khamis berikutan keputusan Bank Sentral Eropah (ECB) menurunkan kadar faedah dan menambah rangsangan untuk membantu zon euro keluar dari zon inflasi. EURUSD menokok hampir 18 pips kepada harga 1.2962 ketika pasaran dibuka hari ini. Mesyuarat bank Sentral pada Khamis merupakan faktor Terpenting bagi perdagangan di Eropah selain data pengangguran pekerjaan di Amerika pada Hari Jumaat 5 Ogos 2014.

Pasaran juga turut menumpukan perhatian pada perjanjian gencatan senjata di antara pihak pemisah Ukraine dan tentera Negara tersebut. Perjanjian damai tersebut Sedikit sebanyak mampu memberi sedikit nafas kepada pasaran saham Eropah. Data pengeluaran Jerman pula mengejutkan apabila melebihi jangkaaan dari data bulan Julai. Pengeluaran meningkat sebanyak 1.9% , iaitu peningkatan tertinggi sejak dua tahun lalu. Ini menunjukkan bahawa trend dalam industri Jerman kekal positif walaupun perkembangan geopolitik tidak menentu.

A close-up view of a Euro coin

mutm-300x250

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Beliau adalah Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan.

Lost Password

Register