Eur/Usd Terpantul Dari Resistance Terdekat 1.0617

0 5

Sejak permulaan tahun baru, US dolar melemah berbanding majoriti matawang utama dunia terutamanya Eur/Usd. Pasaran sedang menunggu maklumat yang lebih jelas dari Donald Trump setelah kemasukannnya ke White House.

Eur/Usd menguat dalam sesi awal dagangan hari ini dari harga pembukaan di 1.0585 ke paras tertinggi yang dicatatkan hari ini di 1.0627. Walaubagaimanapun, Eur/Usd telah membuat reverse selepas menguji (testresistance yang terbentuk minggu lepas di 1.0617.

Dalam sesi dagangan hari ini tiada news impak tinggi berkaitan pasangan matawang ini, melainkan data pengeluaran industri dari Perancis.

Jika pasangan matawang ini terus bergerak ke bawah, support pertama yang akan dilalui berada di paras terendah Isnin 1.0508 dan kejatuhan dari paras ini akan menjadikan paras 1.0340 menjadi support seterusnya.

Begitu juga yang berlaku jika Eur/Usd bergerak ke atas, resistance pertama yang akan dilalui adalah 1.0617 dan jika paras ini berjaya ditembusi, sasaran seterusnya adalah 1.0651 dan 1.0867.

Pada Rabu, European Central Bank (ECB) akan mengadakan mesyuarat yang tidak melibatkan polisi monetari dan pemain pasaran perlu menunggu sehingga Jumaat ini, bagi laporan data impak tinggi dari US iaitu harga pengeluar (PPI) dan jualan runcit (retail sales).

Eur/Usd time-frame Daily

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa