728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Fakta Menarik Mengenai Isu yang Sedang Melanda Pasaran Minyak Mentah Sekarang

Fakta Menarik Mengenai Isu yang Sedang Melanda Pasaran Minyak Mentah Sekarang

Harga minyak mencapai tahap $50 setong pada Jun, meningkatkan lagi keyakinan 2 tahun sehingga penghujung tahun ini. Masalah ini juga diharapkan pulih dalam tempoh 6 minggu akan datang.

Kebimbangan berkenaan permintaan yang merosot dari jangkaan walaupun pengeluaran meningkat, membuatkan penganalisis percaya bahawa harga minyak mentah ini akan pulih dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Sambutan agak perlahan dari yang diharapkan. Hal ini berikutan, pemandu US hanya meliputi sedikit jumlah perjalanan dari yang diharapkan, selain faktor cuti hari pekerja yang jatuh pada bulan September. Justeru, stok petrol yang tidak terjual akan meletakkan tekanan terhadap harga produk mentah mahupun produk tapisan.

“Pada masa ini, satu-satunya perkara yang boleh memacu harga yang lebih tinggi adalah permintaan yang tinggi,” kata John Paisie, Naib Presiden Eksekutif di Stratas Energy Advisors, salah sebuah syarikat perunding berpangkalan di Houston.

Selain itu, pertumbuhan mestilah secara menyeluruh, untuk produk sulingan seperti diesel, bahan api jet, dan juga petrol.

“Permintaan tidak boleh dibuat oleh satu produk,”katanya, dan permintaan untuk diesel sudah semakin berkurangan.

Sementara itu, harga minyak dijangka jatuh lagi dari tahap $ 60 setong disebabkan oleh peningkatan pengeluaran serta kebimbangan terhadap lebihan bekalan.

“Permintaan berkembang pada tahap sederhana,” kata Phil Verleger, Ahli Ekonomi Minyak Veteran dan Perunding bebas.

Walaupun harga petrol menurun, kos ini hanya memberi impak sederhana kepada pengguna, kata Verleger. Pengguna lebih berminat menggunakan simpanan mereka untuk membayar hutang daripada berlumba-lumba memenuhkan tangki.

Jabatan tenaga Amerika Syarikat telah memotong unjuran pertumbuhan permintaan petrol bagi baki tahun ini. Mereka menganggarkan pertumbuhan sebanyak 160,000 tong sehari berbanding 220,000 tong sehari.

Data permintaan petrol semakin merudum semenjak 2 bulan lalu ditafsir sebagai angka permulaan bagi musim panas tahun ini. Berikutan data tersebut, penganalisis telah mengubah pandangan mereka untuk pertumbuhan tahun 2016. Pemandu US juga merekodkan 2% batu lebih pada bulan Mei berbanding tahun sebelumnya menurut Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat.

Permintaan petrol negara itu juga meningkat sederhana sebanyak 0.8% pada bulan April menurut Jabatan Tenaga Amerika Syarikat. Dalam masa yang sama, data bulan Mei akan dikeluarkan pada Jumaat.

Pakar bersetuju supaya pengimbangan semula pasaran akan mengambil kira kenaikan permintaan. Hal ini kerana, pembetukan batuan-batuan dan penggerudian pelantar minyak perlu diteruskan walaupun harga semakin menurun.

“Kita hanya ada beberapa minggu sebelum waktu puncak. Kemudian, musim itu akan berakhir,”kata Michael Cohen, Ketua Penyelidik Komoditi Tenaga di Barclays. Pada musim luruh, diesel akan mendorong permintaan petrol.

Permintaan diesel di Eropah juga dijangka semakin lemah daripada jangkaan selepas undian Brexit, kata Cohen. Di China, stok simpanan yang telah dibina boleh mengehadkan pertumbuhan permintaan di Asia.

Tanpa peningkatan dalam permintaan, pasaran tidak berupaya untuk menghabiskan stok petrol menjelang musim panas akan datang. Jadi, pasaran berkemungkinan akan lebih suram dari yang dijangkakan.

Cohen berkata, dia tidak menjangkakan harga akan menurun kepada $20 atau $30 pada bulan Januari dan Februari. Walau bagaimanapun, beliau berkata, “pandangan kami akan lebih rendah dari tempat kita berada.”

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register