Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi / Sesi New York

Fed Dudley: Pertumbuhan Sederhana Dan Inflasi Lebih Tinggi Di Masa Hadapan

Fed Dudley: Pertumbuhan Sederhana Dan Inflasi Lebih Tinggi Di Masa Hadapan

Presiden Fed cawangan New York, William Dudley menggambarkan keadaan ekonomi yang positif di Amerika Syarikat, pasaran pekerjaan semakin kukuh dan inflasi menuju sasaran pada Khamis.

“Jangkaan kami pertumbuhan yang terus sederhana, dengan pengukuhan dalam pasaran pekerjaan dan kenaikan inflasi dalam jangka masa sederhana ke arah sasaran 2%.”

“Pengukuhan dalam pasaran pekerjaan adalah peningkatan ekonomi yang terbaik bagi rakyat Amerika khususnya bagi mereka yang berhadapan kesukaran dalam tempoh kemelesetan ekonomi,” kata Dudley.

Pembuat polisi Fed dijangka mengumumkan pengurangan penyata imbangan $4.5 trillion dalam mesyuarat selepas ini di mana jumlah besar pegangan bon ini adalah hasil daripada kemelesetan ekonomi 2008.

Setakat ini, The Fed telah menaikkan kadar faedah sebanyak empat kali sejak Disember 2015, dengan dua daripadanya dinaikkan pada 2017 di mana jangkaan satu lagi kenaikan hujung tahun ini.

Kenaikan sederhana dalam pertumbuhan gaji dan pengurangan kadar pengangguran adalah disebabkan pertumbuhan produktiviti yang perlahan berbanding tren sejak beberapa tahun lalu.

Beliau juga memberi komen tentang ketaksamaan yang tinggi dalam pasaran pekerjaan.

“Ketika ini, kami melihat ketaksamaan yang tinggi dalam pasaran pekerjaan dari segi perbezaan pendapatan pekerja,” katanya. “Polisi monetari boleh membantu menyokong pertumbuhan ekonomi, tetapi ia agak kurang berkesan dalam merapatkan jurang ketaksamaan dalam pasaran pekerjaan.”

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!