Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Fitch Melihat Kadar Faedah US di Paras 3.5% Menjelang 2020

Fitch Melihat Kadar Faedah US di Paras 3.5% Menjelang 2020

Jangkaan pelabur terhadap masa depan kadar faedah Amerika Syarikat adalah terlalu rendah dan mungkin boleh menjadi sumber volatility (turun-naik) dalam pasaran bon, kata penganalisis ekonomi di Fitch Ratings pada Selasa.

Ketika ini pasaran hadapan Fed Fund menunjukkan jangkaan pelabur bahawa kadar faedah US akan kekal rendah di masa hadapan. Namun, Brian Coulton penganalisis ekonomi di Fitch menjangka The Fed akan menaikkan kadar faedah sehingga 3.5% menjelang 2020.

“Saya rasa keyakinan begitu tinggi bahawa The Fed tidak akan membuat keputusan lebih banyak tentang kadar faedah, menunjukkan kia hanya akan ada satu atau dua kenaikan kadar faedah, itu saja,” kata Coulton kepada Reuters.

Pemain pasaran menjangka “hanya satu atau dua kenaikan kadar setahun” oleh Federal Reserve, kata beliau, walaupun bank pusat sendiri menjangka melihat kadar faedah jangka panjang di paras 3.0 peratus.

“Apabila The Fed mengatakan mereka akan menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur, mereka bermaksud tiga atau empat kenaikan kadar faedah setiap tahun dan kami rasa itulah yang mereka akan lakukan,” kata Coulton. “Ia juga mungkin lebih pantas daripada itu.”

Pasaran hadapan Fed Fund menunjukkan pelabur menjangka hanya satu kenaikan kadar pada 2018. The Fed menaikkan kadarnya pada Disember 2015 pertama kali dalam masa 10 tahun dan juga telah menaikkan kadar sebanyak tiga kali sejak itu.

Coulton berkata beliau menjangka The Fed akan menaikkan kadarnya walaupun inflasi US sekarang adalah rendah.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal