728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Kisah Pengasas MoshedFX

Forex Sebagai Bisnes Separuh Masa atau Sepenuh Masa, bagaimana caranya ?

full-time-forex-trader

Alhamdulillah, syukur. Sehingga sekarang saya telah menjalankan perniagaan forex ni secara sepenuh masa hampir 5 tahun. Ada naik turunnya, tapi semakin lama pengalaman akan mematangkan kita. Bagi saya ia adalah ilmu yang sangat sesuai untuk di laburkan masa kerana ia memberi pulangan yang bagus dan ilmu untuk menjadikan duit bekerja untuk kita.

Ramai yang bertanya saya, adakah trade forex ini sesuai dijalankan secara separuh masa atau hanya perlukan sepenuh masa. Bagi saya tak ada erti kata sesuai atau tak, kerana jika tak cuba kita tahk tahu, dan kita yang menentukannya berhak jalankan perniagaan ini mengikut masa kita yang sesuai. Tapi biar saya berkongsi pendapat saya bagaimana saya menguruskan trading forex satu masa dahulu sehingga sekarang.

Pada awalan 2009, pada masa itu saya menjalankan sebuah bisnes lain yang berbeza dengan forex. Saya tahu yang forex ini adalah perniagaan yang berisiko tinggi jika tidak dijalankan betul-betul dan tanpa ilmu yang mantap. Pada mulanya saya pun confuse, tengah buat bisnes lain pun sambil-sambil tu saya curi-curi tengok chart forex, kepala asik merewang ingat pasal posisi yang saya open tengah malam semalam. Jadi di sini kerja-kerja saya (bisnes lain) mula terganggu, dan saya tak fokus. Trading saya mula tunjuk result negative, mula rugi. Sehari hampir 20 jam saya mengadap chart forex.

Dari sini saya mula detect, yang jika saya teruskan lagi dengan agenda saya trade sambil buat bisnes lain, semua akan terganggu. Yang ligan tak dapat, yang ada kat tangan bersepah di atas jalan. Saya fikir, tak boleh jadi ni. Bak kata Confucius , philosophy terkenal China. “When it is obvious that the goals cannot be reached, don’t adjust the goals, adjust the action steps. “

Jadi untuk capai matlamat still untung dalam trading forex, saya ubah step saya. Saya belajar dan cari setup trading yang betul-betul sesuai dengan masa saya. Contoh. Masa saya menjalankan bisnes lain adalah mula pada pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Jadi saya hanya cari setup yang betul-betul tepat dan sesuai setelah saya pulang ke rumah, dah makan, rehat dan sebagainya. Sekitar sesi US Open (market US open) pukul 8-9 malam. Jika ada entry setup yang bersesuaian baru saya masuk order. Kesan yang saya dapat lihat adalah positif. Jika tak ada saya tak trade pada hari itu. Anggap saja ikan di laut tidak ada, kenapa berpeluh tebarkan jala.

Setelah betul-betul kukuh dan rasakan bisnes saya dalam bidang forex makin berkembang dan mengatasi bisnes lain yang saya lakukan ketika itu, barulah saya betul-betul decide untuk trade sepenuh masa dalam bidang forex ini. Orang cakap Full Time Trader.

Mula-mula part time, selepas itu full time. Jangan pula jadi mula-mula full time, selepas itu part time, itu bermakna anda gagal kawal emosi dan ilmu anda masih belum cukup untuk cuba menjadi trader sepenuh masa. Tapi jika di lihat balik, sebenarnya tiada apa-apa yang patut dibanggakan dengan status anda trade full time atau part time, yang penting return anda dari forex trading mencapai matlamat anda. Dan trade forex sangatlah penting mempunyai emosi yang tenang.

Pastikan matlamat kita adalah matlamat yang logik. Pada mula-mula mungkin matlamat adalah menambah baik kehidupan, tambah side income or pasif income untuk bayar bulanan kereta misalnya. Lama kelamaan mungkin bayar rumah. Atau keuntungan disimpan sebagai duit simpanan. Siapa tahu ? Jadi jika anda sekarang masih bekerja, jangan korbankan pekerjaan anda. Forex trading boleh dilakukan secara separuh masa atau sepenuh masa.

” You never success if you keep thinking without trying ” – MoshedFX

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register