banner-mutm-728x90

Share This Post

Uncategorized

Forex Trading Adalah Aset, Bukan Liabiliti

Forex Trading Adalah Aset, Bukan Liabiliti

Sejauh mana perancangan anda dalam menjadi seorang forex trader? Setelah anda terjun ke dalam bidang ini, anda kena ingat yang forex ini juga adalah sebuah business. Ada untung, ada rugi. Ada modal.

Ramai yang tiada perancangan. Oleh sebab tiada perancangan ini yang jadikan hala tuju anda tidak kemana selama terlibat dalam forex trading. Tambahan masih ramai yang saya kenal sejak 2008 dalam bidang forex, sehingga kini masih menjadi pendepo tegar. Broker ibarat liabiliti bagi mereka. Perlu disuap duit setiap bulan.

Itu yang saya kenal. Yang tak kenal masih banyak.

Mereka kerap terima call dari Account Manager. “Salam, apa khabar? sihat? Bila nak depo? Sekarang kami tengah ada bonus bla.. bla.. bla..”. Kiranya Account Manager diorang ni ibarat anak kecil la, call tanya, “Abah, bila nak bank in duit?”

Mereka depo seratus dollar, dua ratus dollar, lima puluh dollar. Ibarat cuba mesin slot. Ada untung, ada. Tiada untung, depo lagi nanti. Mereka tak tahu pun, kenapa mereka deposit banyak tu. Cek tengok dalam bank, lepas lah nak depo seratus dua. Terus depo. Trade punya trade. Sembang di kedai mamak sana dan sini. Selepas itu MC.

Tak apa, nanti depo lagi. Tunggu gaji bulan depan.

“If you fail to plan, you are planning to fail”. Forex sebuah business, dan perlu ada perancangan. Strategy. Kenapa mula dengan 100 USD, kenapa 1000 USD mula deposit. Strategy mana nak guna. Bagaimana nak elak modal hangus dan sebagainya. Bagaimana manage risk ikut akaun dan sebagainya. Bagaimana nak bertatih dalam bidang ini.

Semoga saya dapat membantu semua rakan-rakan dalam bidang ini. Forex trading adalah “aset” kita, ia bukan “liabiliti”!

Nota Artikel : Sebuah topik di dalam Buku MoshedFX’s Ultimate Trader Mastery ada menyentuh tentang bagaimana ingin memulakan business “forex trading” anda dengan cara yang betul. Dapatkan Pakej MoshedFX’s Ultimate Trader Mastery sekarang – Diskaun 33%. Tamat 1 March 2016 – KLIK SINI

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register