728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Kisah Pengasas MoshedFX

Forex Trading, Susah atau Senang?

Cuba kita renung kembali, pada masa kita nak ambil peperiksaan UPSR. Zaman tu mungkin berdebar-debar kita rasa, takutnya nak ambil exam. Rasa macam susah pun ada. Zaman tu dah berlalu, datang pula Exam PMR, aiseh. Juga berdebar-debar, dan pada masa kita ambil PMR, kita lihat mungkin adik-adik atau ada saudara sepupu kita ambil UPSR, kita pun bagi nasihat, ” Dik, jangan risau, senang saja UPSR tu..”

Bagaimana boleh jadi senang? semuanya sebab ilmu. Begitu juga dengan apa-apa sahaja bidang. Semuanya dengan ilmu kita akan rasa senang atau susah, begitu juga dengan forex trading. Walaupun ia bukanlah market atau pasaran yang fixed, ikut logik, seperti 1 tambah 1 jadi 2, ataupun 5 campur 5 jadi 10. Tetapi berbekalkan ilmu Money Management, modal yang betul, suasana yang betul, pengurusan yang betul, saya yakin Forex trading ini sedikit sebanyak dapat upgrade taraf kewangan kita.

Ramai juga yang kecundang, pada awal penglibatan dengan forex. Ramai yang loss, Stop Out, habis modal. Renung kembali, semuanya akibat tamak, dan emosi dan kurangnya ilmu. Dan sampai bila kita nak rugi dalam dunia forex, di sebabkan ketamakan kita. Buat yang masih rugi, saya juga pernah rugi, tetapi percayalah yang kita akan terus rugi dalam forex trading selagi kita masih belum jelas hala tuju, belum jelas matlamat return on investment kita, masih belum jelas apa itu forex dan bagaimana ia boleh upgrade taraf kewangan kita.

telegram-moshed

Jangan tunggu macam rakan saya, habis berpuluh-puluh riban US Dollar baru nak sedar. Sayangi duit anda, RM100-200 juga duit, macam-macam boleh buat. Sempena bulan puasa ini, jom kita hindarkan perasaan tamak dan susun balik strategi dagangan kita. Oh baru teringat, pasembor beli di bazar ramadhan tadi masih ada dalam peti ais.(akibat tamak..haha) saya pergi makan dahulu ya, supaya tidak membazir. 😛

Jom kawal emosi, baik di Bazar Ramadhan ataupun di hadapan Trading Station anda. Selamat berpuasa buat pembaca yang beragama Islam, semoga mempunyai lebih rezeki dari forex trading untuk habuan raya, tapi jangan tamak-tamak. 😀

bazar-ramadhan-forex-trader

Sesiapa chart forex penuh warna warni macam warna air ini, angkat tangan 🙂

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register