728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Tips dan Nasihat

Fuhh! Boleh Berdarah Telinga Baca Tips Ini! Mungkin #3 Tu Yang Ramai Terlepas Pandang!

Fuhh! Boleh Berdarah Telinga Baca Tips Ini! Mungkin #3 Tu Yang Ramai Terlepas Pandang!

Sebelum anda sambung trade hari ini, apa kata anda tanya diri anda, sudah berapa lama anda menceburkan diri dalam bidang berisiko tinggi ini?

5 tahun?

3 tahun?

Atau baru 7 hari?

Lapangan ini tidak pernah membezakan masa yang anda ambil untuk sampai ke tahap ini.

Cuma kadang-kadang segelintir trader terlepas pandang terhadap kesalahan yang kerap kali mereka lakukan sehingga akhirnya menjadikan ‘lubuk duit’ ini ‘bungkus’ dikemudian hari.

Tim moshed senaraikan 3 cara relevan yang boleh anda amalkan untuk kekal buat profit!

  1. Pilih dan kuasai teknik trading anda!

Salah satu kesilapan yang mungkin tidak disengajakan oleh semua trader ialah mereka terlalu selesa di takuk ilmu yang lama dan sama!

Apa kata buka buku dan cari guru untuk benar-benar menguasai cara trade yang betul.

Beri komitmen dan jangan anggap bidang ini hanya untuk suka-suka.

  1. Pastikan trading plan anda konsisten

Seterusnya, pastikan anda selalu update trading plan.

Tanpa sedar sebenarnya anda sedang membuat ‘syarikat baru’ disini. Jadi sebagai pemilik, mustahil untuk anda biarkan perniagaan anda berjalan tanpa hala tuju yang jelas.

Trading plan ini ibarat diari yang akan mengesan sebarang kesilapan yang kita lakukan dalam tempoh masa tertentu.

Elemen-elemen ini mungkin anda perlu masukkan ke dalam trading plan anda seperti :

  • Tarikh dan masa sewaktu anda entry
  • Entry rate
  • Strategi
  • Tarikh dan masa anda close position
  • Closing rate
  • Nilai Loss/Profit
  1. Elakkan over-trade

Kesalahan terbesar yang sering dilakukan oleh kebanyakan trader ialah ‘over trade’.

Ada trader yang terlalu obses menghadap chart sehingga menghabiskan masa seharian menghadap MT4.

Percayalah, untuk jangka masa panjang, anda akan kekal dikerusi anda tanpa lakukan sebarang perubahan.

Selalu berada dalam market bukan jaminan keuntungan, sebaliknya strategi dan ilmu yang membantu anda untuk terus kekal sebagai profit taker!

Baca tips dan nasihat lain dari Tim Moshed disini!

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register