Gabenor Bank Negara Tawar Untuk Meletakkan Jawatan

0 1,583

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim telah menawarkan diri untuk meletak jawatan. Tindakan ini kurang daripada sebulan selepas Pakatan Harapan memenangi pilihanraya umum ke-14 pada 10 Mei lepas.

Sebelum ini Menteri Kewangan yang baru Lim Guan Eng telah mempersoalkan tentang pembelian tanah dari kerajaan sebelum ini. Setakat ini, kerajaan Malaysia belum lagi memberi respon tentang tawaran perletakan jawatan beliau.

Pegawai Kementerian Kewangan juga enggan memberikan sebarang komen.

Muhammad Ibrahim juga tidak memberikan sebarang respon terhadap beberapa panggilan telefon bimbit dan pejabat beliau.

Lim telah berkata pada bulan lalu bahawa kerajaan Najib Razak sebelum ini telah menggunakan wang hasil dari jualan tanah kepada Bank Negara iaitu sekitar RM2 billion untuk membayar hutang 1MDB.

Bank Negara sebelum ini berkata pembelian tanah itu adalah mengikut nilai yang munasabah dan sejajar dengan peraturan dan undang-undang negara.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa