Gabenor Bank Pusat Jepun – Matawang Crypto Tidak Akan Mengancam Matawang Yen

0 548

Gabenor Bank Pusat Jepun (BOJ) , Haruhiko Kuroda telah mengeluarkaan kenyataan bahawa matawang crypto secara dasarnya tidak akan mendatangkan ancaman pada matawang fiat yen. Menurut Kuroda, hal ini disebabkan matawang crypto kebiasaanya didagangkan atas tujuan spekulasi berbanding sebagai bentuk transaksi dan pembayaran.

Tambah Kuroda, BOJ sememangnya memberi perhatian terhadap pertumbuhan dagangan matawang crypto bagi memastikan agar tiada sebarang tindakan yang dapat mengugat kepercayaan masyarakat.

Matawang crypto bukanlah matawang sah dan ia tidak ditambat oleh mana-mana aset. Justeru, hal ini mengapa segelintir penganalisis menyifatkan matawang crypto sebagai crypto-aset.

(Bermaksud ia tidak berfungsi seperti matawang fiat yang digunakan dalam peredaran ekonomi, namun ia digunakan dalam bentuk digital baik sama ada secara komoditi mahupun transaksi jika terdapat permintaan dan penawaran.- penerangan)

Kerajaan Jepun dan kebanyakkan penggubal dasar lebih cenderung kearah pengawal seliaan matawang crypto seperti bitcoin. Belum ada tindakan dan perancangan untuk mengharamkan dagangan matawang crypto.

Pada bulan Mac ini, 20 negara akan membincangkan kesan matawang crypto di Buenos Aires.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa