728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Inspirasi

Ganjaran Seorang Trader Berjaya Sangat Best! #4 Paling Paling Best!

Ganjaran Seorang Trader Berjaya Sangat Best! #4 Paling Paling Best!

Tidak dinafikan lagi ganjaran utama bagi seorang trader berjaya adalah wang dan itulah juga matlamat asal buat kebanyakan yang baru bermula.

Pun begitu banyak lagi ganjaran yang bakal diperoleh semasa merempuh halangan dan cabaran untuk berjaya malah wang itu dianggap yang paling belakang jika mahu dibandingkan dengan ganjaran-ganjaran lain.

Ganjaran paling berharga adalah dapat mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam, memperbaiki diri sendiri, kebebasan dan lebih berdisiplin.

Perkara-perkara yang tidak dapat dinilai inilah yang akan melekat pada diri anda selamanya dan akan memperbaiki hidup anda termasuklah hubungan dengan orang lain.

4 ganjaran yang dimaksudkan adalah :

  1. Kemanisan Kebebasan

Ramai dalam kalangan trader bermula daripada bekerja sepenuh masa 9-5 dan apa yang dimahukan daripada pekerja adalah tidak lain tidak bukan, kebebasan.

Trading boleh memberikan anda 2 kebebasan iaitu kebebasan kewangan dan kebebasan masa.

Memang tidak semudah apa yang diperkata namun proses memang sangat-sangat diperlukan untuk mencapai kebebasan daripada perlumbaan tikus.

Namun jika mahu dinilai, kebebasan nyata besar nilainya berbanding usaha keras itu dan usaha itu akan membuahkan hasil yang sangat manis!

  1. Mampu Menilai Risiko v. Pulangan

Bercerita mengenai Risk Reward Ratio, trader profesional sentiasa menekankan untuk trade dengan nisbah 1:2 supaya jumlah trade yang profit melebihi loss.

Seorang trader berjaya sentiasa akan menilai risiko dan pulangan yang bakal dihadapinya, malah dalam tiap perkara lain.

Perkara ini boleh digunakan dalam pelaburan-pelaburan lain malah untuk bisnes juga boleh digunapakai. Dan sebenarnya skil ini sangat mahal nilainya.

  1. Sabar & Disiplin Menjadi Sahabat Baik

Ramai yang tahu sabar dan berdisiplin merupakan 2 sifat baik namun tidak ramai yang betul-betul faham betapa hebatnya 2 perkara ini.

Antara titik tanda anda seorang trader berjaya adalah anda mampu bersabar dan berdisiplin dan bertanggungjawab ke atas tiap setup anda.

Trading yang berjaya akan mengajar anda untuk mengawal diri untuk fokus kepada ganjaran masa panjang dan mampu pergi lebih jauh, walaupun bukan dalam bidang trading.

  1. Kenal Diri Sendiri

Proses untuk menjadi seorang trader berjaya adalah untuk menerima dan mengubah personaliti diri sendiri.

Jika anda seorang yang malas, kusut, tidak sabar dan tidak berdisiplin, maka anda belum lagi seorang trader yang berjaya.

Ia kerana seorang trader berjaya akan menemui dirinya yang lebih baik daripada sebelum ini.

Kesimpulan 

Kunci sebenar untuk menjadi seorang trader berjaya adalah untuk menyemai dan mengembangkan tabiat yang bukan sahaja meraih keuntungan daripada pasaran, malah untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik.

Anda ada luahan? Luahkan di sini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register