Share This Post

Trader Confessions

Gara Gara Ditipu Broker, Jejaka Ini Mahu ‘Basuh Dan Sidai’ Penipunya

Gara Gara Ditipu Broker, Jejaka Ini Mahu ‘Basuh Dan Sidai’ Penipunya

Dari : Jejaka Kampung
Tajuk : Setahun Jagung Yang Bermakna

Confession:
Assalamualaikum,
pertamanya terima kasih kepada moshed kerana menyiarkan kisah saya. Forex umpama bulan jatuh ke riba pada saya, peluang berniaga tanpa kedai.

Permulaan kenal forex pada pertengahan tahun lepas, dijemput rakan ke kelas gajahdudukfx(bukan nama sebenar), kelas percuma penerangan percuma,terbakar hati saya nak tambah pendapatan kerana saya nampak mudahnya peluang tambah pendapatan(bukan terus pikir nak kaya).

Pada 2014 pernah cuba download aplikasi forex di playstore tapi saya godek sekejap saja. Saya daftar dan buka akaun di gajahdudukfx dan bermulalah aktiviti mengadap chart tiap kali balik kerja.

Teknik pada saya bergantung pada setiap orang, mengikut stail dan citarasa trader itu sendiri, tiap kali saya ikut teknik cikgu gajahdudukfx mesti lost, jadi saya kaji sendiri dan trade di time frame kecik saja cari sharp entry (kononnya), saya hairan dengan cara trade gajahdudukfx yang suka biar floating, entry 0.01 dibiar float sampai berpuluh USD,kenapa begitu saya pun tidak faham, kenapa berniaga mesti biarkan kerugian yang bertambah.

Kawan kawan newbie yang lain juga terikut begitu. Trading saya juga lost,kebanyakannya kerana hentak lot besar (mindset nak cepat kaya datang). Beberapa bulan saya lost, nak diikutkan kerana degil saya tidak mahu withdraw. Yelah sudah deposit $100, balance $250 pun saya tidak withdraw. Hentak lot besar kena news terus mc. Dari saat itu saya mula mengambil kira fundamental.

Pada akhir tahun lepas, saya ada membuat deposit $100 lagi, kemudian saya scalping. Ini cara saya, saya sentiasa ubah SL,saya pastikan breakeven dalam tangan. Saya tidak izinkan floating dalam trading saya. Kalau breakeven saya boleh senyum dan sanggup daripada melihat nombor merah yang semakin bertambah.

Kalau price semakin jauh. Saya pastikan SL saya separuh daripada jumlah pips. Saya tak peduli kata rakan. Saya tidak buat tp,kerana saya tidak mahu hadkan jumlah keuntungan. Banyak positon saya kena SL tapi profit. Lebih baik profit dari lost bukan? Saya tidak takut entry position besar,kerana ada SL yang sentiasa menjaga dan melindungi saya.

Kenapa saya buat begini? Youtube blog blog luar negara dari Amerika Syarikat, saya
tonton kisah kisah jutawan muda forex. Kebanyakannya akan berkata, minimize risk, maximize profit. Bila sudah nampak reversal cs atau price melawan kita, cepat cepat close, kalau profit,cuba maksimumkan keuntungan.

Broker buat perangai, jumlah baki akaun saya hampir 1k usd. Tidak boleh withdraw. Saya hairan, saya marah, macam macam cerita. Saya bertanya di group whatapp tentang withdraw ditendang admin. Apa ini semua,kenapa begini. Rasa macam nak kutip dan sidai insan tersebut.

Setelah saya research, barulah saya faham kes kes penipuan broker kalau jenis cap ayam begini memang wujud. Sampai satu tahap baki akaun dalam cabinet berubah ubah. Geram sangat waktu tu sampai saya rasa memang menipu Forex ni, tiada cara lain. Saya block mereka semua, pahitnya pengenalan saya dengan konsep broker ni. Tapi saya tetap berterima kasih juga sebab mereka yang kenalkan saya dan bagi kelas percuma tentang forex.

Awal tahun saya masuk broker baru, broker top ten. Broker luar negara. Broker terkenal. Selamat akaun saya. Telus, terjamin, laporan trading pun lengkap. Awal bulan februari dan april saya profit banyak dengan JPY yang menguat. Tarik sl tidak sentuh, layer selepas pullback, berhari hari positon, tidur pun saya senyum dengan sl yang dah terjamin profit dan profit yang bertambah. Entry lot gajah instant profit saya terus lock tanpa buang masa.

Pada waktu confession ini ditulis,rumah 3 bilik saya di tanah pusaka hampir siap,hasil duit forex,beli kereta tunai walaupun terpakai,saya gembira sangat. Walaupun baru setahun lebih dalam forex dah nampak hasil. Walau pada mulanya ahli keluarga mencemuh dan melarang saya. Tapi saya sudah buktikan kemampuan saya.

Kerja di pejabat saya tidak tinggal. Walaupun masa kerja gatal juga tangan tapi saya sayang kerja saya,bukan saya takut untuk menjadi ftt, tapi saya sayang dan masih minat yang mendalam dalam kerja saya. Saya pasang angan angan nak menjadi tauke kilang juga satu hari nanti.hehe. Jadi saya kena tambah pengalaman lagi dalam kerjaya.

Kepada trader trader lain. Kalau masih gagal. Jangan putus asa, cari dan terus cari jalan untuk konsisten. Jangan suka tukar tukar teknik.

Pedulikan mereka yang mendakwa diri mereka bagus dan menjanjikan bulan bintang. Teknik itu subjektif,kerana matlamat kita adalah profit dan withdraw. Forex trading bukan diukur banyak mana kita profit,tapi diukur dengan banyak mana kita berjaya minimumkan kerugian. Sekian.

Hantar Confession anda di sini – moshed.com/hantar-confession

Share This Post

Lost Password

Register