GBP Melonjak Tinggi Semalam? Komen Positif Barnier Terhadap Brexit

0 673

Matawang Pound Sterling (GBP) telah melonjak berbanding matawang-matawang utama yang lain pada Rabu selepas komen yang dibuat oleh ketua perunding Brexit bagi Kesatuan Eropah (EU) Michel Barnier.

“EU sedang bersedia untuk menawarkan kerjasama dengan Britain yang tidak pernah ditawarkan kepada negara ketiga.”

Komen itu dibuat bersama Menteri Luar Jerman Heiko Maas dan dijangka akan meredakan kebimbangan pasaran terhadap situasi ‘no deal Brexit’ (tiada perjanjian) terhadap UK.

“Kami menghormati kekangan terhadap Britain. Dalam masa yang sama, mereka juga perlu menghormati pendirian kami,” demikian kata Barnier. “Pasaran tunggal bermaksud pasaran tunggal, tiada pasaran tunggal ala-carte.”

Komen ini dibuat berikutan permintaan Britain yang mahu mengakses pasaran tunggal selepas keluar daripada Kesatuan Eropah. EU sebelum ini telah beberapa kali mengatakan bahawa Britain tidak boleh mendapat keistimewaan seperti ahli EU selepas keluar daripada blok tersebut.

Walaupun begitu, matawang GBP tetap melonjak pada Rabu dengan GBP/USD naik sehingga 170 pip. Pasangan matawang GBP/JPY pula naik sehingga 270 pip.

Menteri Luar Jerman, Maas menambah bahawa “kami mensasarkan hubungan yang rapat dengan British selepas Brexit tidak kira dari segi ekonomi, keselamatan dan dasar luar.

Komen Barnier itu dibuat selepas pertemuannya dengan Maas dan ia dianggap penting kerana peranan besar Jerman di Eropah.

“Matawang GBP sememangnya pernah bergerak positif dengan senario keadaan ‘soft-Brexit’ dan pengumuman terbaru ini menambah lagi hubugan baik antara Dominic Raab dan Barnier. Jika tren ini berterusan, GBP boleh memulih semula pada bulan September,” demikian kata penganalisis matawang Hamish Muress.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa