728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Forex dan Komoditi / GBP/USD / Sesi Eropah

GBP Terjunam Lagi Dalam Sesi Dagangan Eropah!

GBP Terjunam Lagi Dalam Sesi Dagangan Eropah!

Matawang sterling jatuh ke tahap paling rendah yang pernah dicatat sejak awal tahun 2009. Matawang ini menambah kerugian terbesar yang dicatat minggu lepas, sekali gus menambah kebimbangan terhadap kesan Brexit kepada ekonomi Britain.

Matawang itu kembali tenang selepas satu siri ‘flash-crash’ yang mengejutkan pasaran matawang seluruh dunia Jumaat lepas.

Dalam sesi dagangan ini, sterling jatuh 0.7% sekali gus menjadikan GBP kehilangan hampir 9% sejak mengambil keputusan untuk meninggalkan referendum.

gbp-usd-sesi-eropah-10-10

GBP/USD, 30 minit

Ramai pelabur beranggapan bahawa junaman tajam yang dibuat Pound itu disebabkan ‘hard Brexit’, selepas Theresa May mengambil keputusan untuk meninggalkan EU secara rasmi pada Mac tahun depan.

Ada juga yang berpendapat bahawa penurunan itu disebabkan oleh dasar kewangan yang longgar oleh Bank of England.

Tidak kurang ada yang berpendapat sebaliknya.

Kebimbangan itu turut dirasai ramai pelabur, termasuk pelabur asing yang meletakkan aset mereka di Britain. Pelabur khuatir jika sekiranya meraka kehilangan akses penuh terhadap pasaran tunggal EU yang akan menjejaskan perniagaan mereka.

Penganalisis pasaran masih meneruskan teka-teki mereka terhadap nasib Pound dan berpendapat bahawa sentimen itu tidak akan pulih sepenuhnya sebelum Britain benar-benar keluar daripada Kesatuan Eropah.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register