Share This Post

Analisa Fundamental

Sudut Pandang GBP/USD 11-15 Julai

Sudut Pandang GBP/USD 11-15 Julai

GBP/USD dilihat meneruskan junaman pada minggu lepas dan kali ini ditutup di bawah harga psikologi, 1.3000 iaitu pada 1.2952, dan menampakkan Pound akan terus melemah.

Sejak hari referendum hingga jumaat lalu, GBP/USD telah menurun sebanyak 10%. Penganalisa menjangkakan Pound akan melemah hingga ke paras $1.2300 dan Soros pula menekankan bahawa penurunan hingga $1.1500 boleh berlaku.

gbpusdWEEK

Daripada chart kita dapat lihat tekanan bearish ke atas matawang Pound ini dan dijangka akan terus melemah dengan kekuatan USD akibat laporan pekerjaan jumaat lalu dan bakal mengakibatkan pengaliran wang yang lebih banyak dari United Kingdom ke Amerika Syarikat.

Bank of England akan mengambil inisiatif bagi memastikan bank-bank UK terus berjalan lancar. Mereka dilihat akan menyuntik 150 billion Pound bagi menyokong kestabilan ekonomi UK.

Minggu ini fokus GBP/USD adalah :

  1. Laporan Inflasi pada Selasa, 12 Julai
  2. Pengumuman Polisi kewangan dan kadar interest pada 14 Julai, Khamis pukul 7:00 malam waktu Malaysia.
  3. Governor Carney pula akan memberi ucapan pada Jumaat pukul 8:00 malam waktu Malaysia.

Mark Carney mengatakan akan berlakunya perubahan ketara (memotong interest rate) untuk membantu ekonomi yang tidak stabil akibat Brexit.

Untuk analisa matawang lain untuk 11-15 Julai, klik di bawah : 

  1. GBP/USD
  2. EUR/USD
  3. USD/JPY
  4. USD/CAD
  5. AUD/USD
  6. NZD/USD

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register