banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 1 April 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 1 April 2016

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 100 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.4425 ke serendah $1.4325, sebelum menutup sekitar paras $1.4358; setelah KDNK UK dilaporkan berkembang lebih besar daripada yang dijangkakan. KDNK tahunan Q4 dicatatkan pada 2.1%, sekaligus mengejutkan pasaran dan membantu mengimbangi penurunan dalam akaun semasa.

Tekanan daripada kelembapan global telah digariskan oleh laporan lain yang menunjukkan bahawa defisit akaun semasa – perbezaan antara aliran dana masuk UK dan aliran dana keluar – meningkat kepada £32.7 bilion pada suku keempat, lebih tinggi daripada ramalan. Ia bersamaan dengan 7% daripada KDNK, paling tinggi sejak rekod bermula pada tahun 1955.

Gelinciran daripada £20.1 bilion pada suku ketiga adalah disebabkan oleh pelebaran defisit perdagangan dan peningkatan dalam kekurangan pendapatan pelaburan, ekoran perolehan Britain yang kurang daripada pegangan di luar negara. Penganalisis berkata jurang boleh menjadi lebih luas jika Britain keluar dari EU. Pada tahun 2015, defisit adalah 5.2% daripada KDNK, yang paling tinggi sejak lebih kurang tahun 1948.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register