Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 1 Dec 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-003

Pound Dollar yang jatuh lebih 50 pips pada sesi Asia dan pagi Eropah Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar 1.4995, kembali melonjak lebih 70 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.5070 pada sesi New York, sebelum menutup sekitar paras 1.5055; setelah spekulasi pasaran kembali lagi, bahawa UK mungkin menaikkan kadarnya lebih awal daripada yang dijangkakan.

Sebelum daripada itu, matawang UK telah lemah berbanding kedua-dua Dollar dan Euro pada minggu lalu, kerana Gabenor Bank of England Mark Carney menekankan bahawa akhirnya kenaikan kadar akan dilaksanakan secara beransur-ansur, manakala data mengesahkan kadar pertumbuhan ekonomi UK telah perlahan pada suku ketiga lalu. Minggu ini, trader mata wang mungkin lebih cenderung untuk mengambil isyarat dari tempat lain, ekoran mesyuarat ECB ditengah-tengah spekulasi bahawa ia akan meningkatkan rangsangan.

telegram-moshed

banner-belajar-forex-percuma-300x250

Kadar tukaran GBP/USD telah jatuh lebih daripada 4% sejak pertengahan 2015, di tengah-tengah kebimbangan bahawa pertumbuhan ekonomi UK semakin perlahan dan akan menjejaskan prospek kenaikan kadar. Kontrak hadapan berdasarkan purata indeks semalaman Sterling, atau SONIA, tidak meletakkan harga sepenuhnya dalam peningkatan kadar BOE sehingga selepas Januari 2017.

Sementara itu, kebarangkalian Feds AS akan meningkatkan kadar pada mesyuarat FOMC 15-16 Disember ini adalah 74%, menurut data niaga hadapan yang dikumpul oleh Bloomberg. Pengerusi Feds Janet Yellen dijadual memberi keterangan kepada Jawatankuasa Bersama Ekonomi Kongres AS pada 3 Dec ini; dan data pekerjaan AS pula akan dilaporkan pada hari berikutnya, yang dijangka menunjukkan pertambahan dalam pasaran buruh AS, menurut ahli ekonomi yang dikaji selidik oleh Bloomberg.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register