banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 1 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-0023

Pound Dollar merudum lebih 260 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4150 sebelum mendapat sokongan belian untuk menutup sekitar paras $1.4245; setelah Dollar AS mendapat permintaan untuk transaksi global apabila pasaran komoditi pulih, pasca rancangan ransangan tambahan dari kuasa ekonomi kedua terbesar dunia, China.  Pada masa yang sama, ketika ini permintaan untuk Pound sensitif kepada spekulasi pasaran terhadap kenaikan kadar dari BoE.

Bagaimanapun, inflasi yang rendah dan terdapat tanda-tanda yang ianya akan mengambil sedikit masa, sebelum meningkat ke arah sasaran Bank of England telah jelas menangguhkan sebarang tindakan dari BoE sehingga tahun 2017. Ini mungkin boleh menyumbang lagi kepada kelemahan GBP dalam bulan-bulan yang akan datang. Referendum keahlian EU juga telah mewujudkan ketidaktentuan politik dan sentimen negatif bagi mata wang UK itu.

telegram-moshed

telegram-moshed

Sebelum daripada itu, Sterling bangkit sebagai tindak balas terhadap laporan KDNK (GDP) yang lebih baik. Pengembangan 0.5% berbanding dengan 0.4% pada suku ketiga 2015, walaupun ramai penganalisis takut ekonomi UK hilang momentum pada separuh kedua tahun lepas, ianya didapati tidak berasas berdasarkan laporan kewangan terbaru. Walau bagaimanapun, ekonomi yang perlahan terbukti dalam kadar tahun ke tahun. Ia menjadi perlahan kepada 1.9% daripada 2.1%, kadar paling perlahan dalam tempoh tiga tahun dan pertumbuhan hanya terhad kepada sektor perkhidmatan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register