Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 1 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-018

Pound Dollar menyusut lebih 80 pips Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.5775 ke serendah 1.5690 sebelum menutup sekitar paras 1.5710; setelah nilai mata wang Amerika terus meningkat, walaupun selepas GDP UK mengatasi jangkaan. Penularan kesan dari masalah Greece memberati pound yang diniagakan sekitar 1.57 ketika artikel ini ditulis. Ekonomi UK berkembang lebih kuat daripada jangkaan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, dan pendapatan isi rumah meningkat pada kadar tahunan yang paling pesat sejak tahun 2001.

Ekonomi negara berkembang 0.4% pada suku pertama, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan UK (ONS) pada Selasa semalam, disemak semula dari anggaran awal sebanyak 0.3%. ONS juga menyemak semula pertumbuhan dari segi tahun ke tahun kepada 2.9% daripada 2.5%, peningkatan yang lebih baik daripada jangkaan ahli ekonomi.  Untuk 2014 secara keseluruhannya, pertumbuhan yang disemak semula sehingga 3.0%, merupakan kadar terpantas sejak 2006.

telegram-moshed

Kadar pertumbuhan suku pertama 2015 adalah lebih kurang, separuh daripada yang dilihat dalam tempoh enam bulan terakhir tahun 2014, tetapi kebanyakan ahli ekonomi dan Bank of England menjangkakan pertumbuhan yang meningkat pada akhir tahun ini.  Defisit akaun semasa Britain juga turun kepada £26.548 bln daripada semakan semula £28.93 bln, masih jauh lebih tinggi daripada yang dijangkakan dan bersamaan dengan 5.8% daripada GDP.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register