banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 1 Jun 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 1 Jun 2016

Pound Dollar merudum lebih 255 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4465 sebelum menutup sekitar paras $1.4480; setelah pungutan suara terbaru ‘Brexit’ menunjukkan pengundi tiba-tiba berubah fikiran dan mahu UK keluar dari Kesatuan Eropah, dalam suasana tegang di mana tarikh referendum hanya tinggal tiga minggu lagi.

Di pasaran UK yang ketiadaan laporan ekonomi semalam, dikejutkan oleh pungutan suara terbaru dari ICM The Guardian yang melaporkan bahawa kini 52% pengundi menyokong UK meninggalkan Kesatuan Eropah dan hanya 48% sahaja yang mahu tinggal dalam blok ekonomi tersebut.  Keputusan yang berubah mendadak ini, telah menyebabkan pasaran UK bergoncang buat seketika, kerana agensi undian lain seperti Oddschecker masih mencatatkan kempen ‘kekal’ mendahului ‘keluar’.

Kebanyakan ahli ekonomi menjangkakan bahawa meninggalkan EU akan menghantar nilai Pound ke paras yang lebih rendah dengan lebih cepat.  Institut Kajian Ekonomi dan Sosial Kebangsaan UK, mengatakan bahawa keputusan ‘keluar’ boleh merudumkan 20% dari nilai Pound berbanding matawang utama.  Apa yang menjadi perhatian adalah kesan jangka panjang sekiranya UK keluar dari EU.

Sepanyol dalam kenyataan terbaru mengatakan bahawa ia tidak akan teragak-agak untuk menutup sempadan dengan wilayah UK – Gibraltar  sekiranya UK keluar dari EU.  Ini akan menyekat aliran modal, barangan dan pekerja yang menjadi nadi ekonomi wilayah pelabuhan itu. Gibraltar diambil UK selepas Sepanyol tewas perang pada tahun 1704, dan Sepanyol dilihat akan menggunakan peluang ‘Brexit’ untuk membalas dendam.

Hari ini UK bakal melaporkan angka PMI pembuatan bulan Mei yang dijangka bertambah baik dari 49.2 mata kepada 49.6 mata, manakala AS juga bakal melaporkan angka PMI pembuatan dari Institut Pengurusan Bekalan (ISM) yang dijangka susut dari 50.8 mata kepada 50.5 mata.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register