728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 1 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-005

Pound Dollar jatuh lebih 180 pips Khamis semalam, selepas pasaran dipenuhi dengan kegiatan mengambil untung bagi menutup buku dagangan bulanan. Kadar tukaran GBP|USD yang mencapai paras tertinggi sekitar 1.5490 pada pagi Eropah, menjunam untuk mencapai paras terendah sekitar 1.5305 pada petang New York.

Pasaran UK yang kini berdepan dengan risiko politik ekoran pilihan raya umum 7 Mei ini, amat mengejutkan apabila semua berita-berita negatif seolah tidak memberi kesan kepada permintaan untuk Pound.  Data GDP UK yang meleset, bancian perdagangan dan industri yang merudum pada Selasa dan Rabu lalu; masih tidak menghalang para pelabur untuk terus membeli Pound.

telegram-moshed

Walau bagaimanapun, di pasaran ekuiti, Index FTSE100 UK telah merudum 4 hari berturut-turut sejak Selasa lalu, dan sedang berada di paras 6,930 mata ketika artikel ini ditulis.  Dengan spekulasi pasaran yang menjangka Bank of England bakal menaikkan “interest rate” dan komen-komen yang positif terbit dari mesyuarat MPC BoE baru-baru ini, Pound dilihat bakal terus mendapat permintaan dalam jangka masa panjang, terutamanya selepas pilihanraya nanti.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register