728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 1 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-017

Pound Dollar yang memacu naik lebih 80 pips pada pagi Eropah Rabu semalam, merudum semula pada petangnya untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5105 sebelum menutup sekitar paras 1.5125; setelah data GDP dan defisit UK yang menyokong pembelian Pound dihentak semula oleh spekulasi kenaikan kadar AS pada lewat tahun ini, setelah data pekerjaan AS menunjukkan peningkatan yang lebih baik.

Di pasaran UK, anggaran akhir untuk GDP pada suku kedua dilaporkan seperti jangkaan 0.7%, dan akaun semasa UK menunjukkan pengurangan defisit dari £22.2 bilion kepada £16.8 bilion.  Penurunan ini menunjukkan angka eksport yang semakin meningkat mengatasi import, sekaligus mengurangkan defisit akaun semasa dan membantu sokongan belian untuk Pound.

telegram-moshed

Hari ini UK bakal melaporkan “manufacturing PMI” yang dijangkakan stabil pada 49.7 seperti sebelumnya.  Malam nanti AS pula akan melaporkan “manufacturing PMI” yang dijangka menurun dari 51.1 kepada 50.8.  Pada masa yang sama, tuntutan bantuan pengangguran AS juga akan dilaporkan, yang dijangka meningkat dari 267 ribu kepada 273 ribu pemohon.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register