728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 1 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-010

Pound Dollar terus jatuh untuk hari kelima berturut-turut Isnin semalam, lebih 90 pips untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5340 sebelum menutup sekitar paras 1.5345; setelah pasaran UK bercuti semalam. Para pedagang telah mengkaji komen daripada Bank of England berkaitan peningkatan kadar. Gabenor Carney berkata pada hari Sabtu, bahawa kelembapan ekonomi China boleh menambah tekanan dan menolak harga di Britain kebawah.

Pada masa yang sama, penghindaran risiko dalam pasaran global boleh membuat keadaan kewangan di negara itu lebih ketat, yang juga akan mempengaruhi inflasi.  “Ini adalah kemungkinan, bukan kepastian. Evolusi ini perlu dipantau, tidak boleh diambil mudah, ” katanya, sebelum menambah bahawa pendedahan langsung antara ekonomi Britain dan China adalah agak sederhana.

telegram-moshed

telegram-moshed

Beliau juga berkata, Bank boleh “melihat melalui” kesan disinflasi sementara terhadap inflasi, terkesan daripada permintaan yang lebih rendah di China untuk komoditi; tetapi akan lebih memberi perhatian kepada kesan jangka panjang di Britain daripada kelembapan ekonomi nombor 2 dunia itu.  “Perkembangan di China dijangka tidak mengubah proses kenaikan kadar dari terhad dan beransur-ansur kepada sangat kecil dan hampir sifar,” tambah beliau lagi.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register