Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 10 Feb 2016

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1.4375 ke setinggi $1.4515, sebelum menutup sekitar paras $1.4470; setelah komen daripada ahli MPC BoE, Cunliffe memberati Pound serta sentimen yang merujuk kepada Brexit. Dalam pada itu, Pejabat Statistik Kebangsaan UK berkata, jumlah defisit perdagangan Britain meningkat kepada £10,352 bilion pada suku keempat 2015, daripada £8,575 bilion pada suku sebelumnya, sekaligus menandakan jurang perdagangan yang terbesar sejak awal 2015.

Perdagangan mungkin akan muncul sebagai pemberat ke atas pertumbuhan ekonomi pada akhir tahun lepas, apabila angka-angka yang disemak semula bagi Keluaran Dalam Negara Kasar dilaporkan, menurut ONS. Defisit perdagangan barangan untuk 2015 secara keseluruhan meningkat kepada £125.028 bilion daripada £123.143 bilion – yang terbesar dalam rekod. Pada bulan Disember sahaja, defisit perdagangan keseluruhan, termasuk perkhidmatan, mengecil kepada £2.709 bilion daripada £4.031 bilion, dibantu oleh nilai import minyak yang jatuh ke paras terendah sejak Februari 2009 apabila harga minyak mentah menjunam.

Defisit barangan sahaja, mengecil kepada £9.917 bilion daripada £11.503 bilion, berbanding dengan ramalan pakar ekonomi untuk kejatuhan lebih kecil sebanyak £10.4 bilion. Kerapatan jurang defisit itu dikaitkan dengan perdagangan barangan, di mana defisit telah mengecil dari £11.5 bilion pada bulan November 2015, kepada £9.9 bilion pada Disember 2015. Jumlah nilai perdagangan, dan defisit perdagangan UK yang degil, kekal rata pada tahun lepas. Ini tidak mengejutkan, memandangkan kejatuhan mendadak harga minyak, yang mengetuk eksport British dan membuat import sedikit lebih murah untuk pelanggan mereka.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register