banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 10 Mac 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 10 Mac 2016

Pound Dollar berada dalam dagangan tidak menentu Rabu semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1.4175 ke setinggi $1.4240, sebelum menutup sekitar paras $1.4210; setelah kebanyakan peserta pasaran mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap isu ‘Brexit’ dan juga mesyuarat kadar ECB pada malam ini.

Di pasaran UK semalam, Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) UK melaporkan pengeluaran perindustrian meningkat 0.3% pada bulan Januari, sedikit di bawah 0.5% yang menjadi jangkaan penganalisis.  Walau bagaimanapun, pengeluaran pembuatan meningkat 0.7% lebih baik dari 0.2% jangkaan dan -0.3% pada sebelumnya.  Dalam pada itu, pertumbuhan ekonomi UK untuk suku pertama tahun ini dijangka sedikit rendah pada 0.3% berbanding 0.4% pada sebelumnya.

telegram-moshed

Ketika ini UK dibelenggu oleh isu ‘Brexit’ yang menjadi penghalang kepada sebarang kenaikan lanjut dalan nilai Pound.  Penjual dilihat akan terus memberikan tekanan sehingga 23 Jun ini apabila referendum rasmi diadakan bagi menentukan keputusan rakyat Britain terhadap keahlian dalam Kesatuan Eropah.  Ramai penganalisis berpendapat Britain akan terus kekal dalam EU ekoran manfaat ekonomi yang banyak, walaupun terdapat risiko terhadap kebanjiran pendatang yang memasuki UK melalui negara-negara Eropah.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register