banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 10 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-019.jpg

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 55 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5405 ke serendah 1.5350; setelah Indeks Pengeluaran Perindustrian UK memberikan tekanan kepada Pound apabila ianya turun 0.4% pada bulan Julai, meleset daripada jangkaan 0.1% walaupun stabil pada bulan sebelumnya. Pertumbuhan tahunan sebanyak 0.8% juga meleset dari jangkaan sebanyak 1.4% dan angka pembuatan bulanan juga jatuh 0.8% berbanding anggaran peningkatan sebanyak 0.2%.

UK telah melaporkan data pengeluaran pembuatannya yang agak mengecewakan pada -0.8%, manakala ramalan positif 0.2% menyebabkan keyakinan terhadap prospek ekonomi UK semakin pudar.  Selain defisit perdagangan UK yang meningkat kepada £11.1 bilion dari £8.5 bilion, defisit perdagangan barangan di UK pula berkembang lebih daripada ramalan pada bulan Julai.

telegram-moshed

telegram-moshed

Import barangan telah meningkat sebanyak £0.3 bilion kepada £33.9 bilion dalam tempoh yang sama. Walaupun eksport barangan telah dikurangkan sebanyak £2.3 bilion kepada £22.8 bilion, ianya adalah angka eksport yang paling menguncup sejak September 2010. Ini adalah disebabkan oleh penurunan dalam barangan pembuatan siap, khususnya perkilangan sebanyak £0.8 bilion dan bahan kimia sebanyak £1.0 bilion.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register