banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 11 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-020

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar  90 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.5200 ke serendah $1.5110, sebelum menutup sekitar paras $1.5160 yang lebih rendah dari pembukaan; setelah Bank of England berada dalam mood untuk tidak mengangkat kadar dalam masa terdekat, dan terdapat risiko yang tinggi bahawa inflasi akan kekal pada hampir sifar pada bulan-bulan akan datang, berikutan kejatuhan baru dalam harga minyak.

Di pasaran UK, majlis MPC Bank of England juga memberi amaran mengenai ketidaktentuan reaksi pasaran jika Federal Reserve AS menaikkan kadar pada minggu depan; dan pada masa yang sama, MPC BoE semalam mengundi lapan kepada satu untuk mengekalkan kadar pada paras terendah iaitu 0.5%.  Bank of England juga mengekalkan pandangannya dari bulan lepas bahawa inflasi tidak akan melebihi 1% sehingga separuh kedua tahun depan.

telegram-moshed

telegram-moshed

BoE berkata sepanjang musim panas lalu, bahawa inflasi akan melebihi 1% pada awal 2016, tetapi kemudiannya mengubah jangkaan tersebut kepada beberapa bulan kemudian.  Bulan lepas BoE menambah lagi bahawa kejatuhan harga komoditi dan peningkatan dalam nilai Pound telah mengekang prospek inflasi. Sejak itu harga minyak telah jatuh lagi, dengan Brent turun di bawah $40 setong minggu ini.

Britain ketika ini mengalami dilema sama ada akan terus kekal dalam Euro-Zone atau pun keluar dari blok ekonomi itu.  Satu undian bakal diadakan selewat-lewatnya pada 2017 untuk menentukan nasib UK dalam Euro-Zone.  Ramai penganalisa melihat dilema ini sebagai satu risiko yang akan terus menekan nilai Pound ke bawah.  Antaranya ialah National Bank of Canada yang menjangkakan nilai tukaran GBP/USD akan mencecah 1.4800 pada suku pertama 2016.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register