Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 11 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-009

GBP/USD naik turun dalam range 70 mata dalam dua hari lepas seolah-olah menanti data inflasi yang akan diumumkan esok.

Data Manufacturing Production yang keluar lebih rendah dari jangkaan, iaitu 0.1% telah membawah Pound sedikit turun ke paras 1.5200 pada petang semalam. Sebelum ini, data keluar lebih bagus menepati ramalan dan jangkaan dalam survey tentang sektor pembinaan dan perkhidmatan. Terdahulu pada hari Selasa, seorang pemikir ekonomi berkata ekonomi Britain adalah di landasan yang betul untuk pertumbuhan paling kukuh dalam hampir 10 tahun pada tahun 2015.

Perhatian kini akan beralih kepada laporan inflasi pada Khamis oleh Bank of England, yang berkemungkinan untuk mengemas kini prospek pertumbuhan dan inflasi dan boleh mendorong pelabur untuk menyemak semula jangkaan mereka apabila kenaikan kadar pasca krisis pertama akan datang.

BoE mengekalkan kadar tidak berubah pada minggu lepas. Pada mesyuarat pada bulan Januari, dua pembuat dasar yang sebelum ini mengundi untuk kenaikan, menarik balik kenyataan mereka mereka kerana kadar inflasi jatuh ke paras terendah dalam sedekad dan pertumbuhan gaji kekal rendah.

Pelabur juga telah mengambil langkah berhati-hati terhadap pound kerana akan ada pilihan raya parlimen pada Mei ini yang boleh membuka pintu kepada referendum di Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.

Dengan kadar inflasi yang dijangka tidak sesuai untuk kenaikan kadar faedah, pelabur yang risau tentang pilihan raya pada Mei, US Dollar dilihat bakal mengawal pasangan matawang ini berikutan kekukuhan US Dollar yang dijangka terkesan dengan keputusan kemungkinan kenaikan kadar faedah(interest rate) oleh Fed.

Tiada data berimpak kuat hari ini, dan GBPUSD dilihat akan membuat reaksi pasaran yang menggambarkan pergerakan esok.

Berminat menceburi bidang forex untuk jana income sampingan? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Share This Post

Founder Moshed.com – Berpengalaman 11 tahun dalam bidang Financial Market. Portfolio beliau merangkumi Forex, CFD, Komoditi, Indeks, Saham dan juga Bitcoin (Crypto). Perkongsian beliau dalam Buku Rahsia Jutawan Forex dari Rumah dan Buku Analisis Fundamental untuk Forex Trader sudah membantu ramai orang berjaya dalam bidang ini.

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!