728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 11 Feb 2016

David Simonds cartoon on British economy

Pound Dollar berada dalam dagangan tidak menentu Rabu semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1.4440 ke setinggi $1.4580, sebelum turun semula dan naik untuk menutup sekitar paras $1.4520; setelah Pejabat Statistik Kebangsaan UK melaporkan bahawa pengeluaran perkilangan mengecewakan.  Pada masa yang sama, Dollar melonjak lebih tinggi berbanding matawang utama semalam, selepas Janet Yellen berkata keadaan ekonomi di Amerika Syarikat akan membolehkan Feds meneruskan pelarasan kepada dasar monetari secara “beransur-ansur”.

Di pasaran UK, Pejabat Statistik Kebangsaan melaporkan bahawa pengeluaran perkilangan menurun sebanyak 0.2% pada bulan Disember, mengecewakan jangkaan bagi kenaikan sebanyak 0.1% dan selepas penurunan sebanyak 0.3% pada bulan sebelumnya. Pada asas tahunan, pengeluaran pembuatan jatuh pada kadar 1.7%, lebih teruk daripada anggaran bagi penurunan sebanyak 1.4%, selepas merosot pada kadar 1.2% pada bulan November lalu.

telegram-moshed

Laporan itu juga menunjukkan bahawa pengeluaran perindustrian jatuh 1.1%, berbanding dengan ramalan bagi penurunan sebanyak hanya 0.1% dan selepas penurunan sebanyak 0.8% pada bulan sebelumnya.  Hari ini AS bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka meningkat daripada 285 ribu kepada 287 ribu dan Yellen akan meneruskan kenyataannya kepada kongres untuk hari kedua.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari UK hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register