Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 11 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-007

Pound Dollar terus merudum sepanjang tiga sesi dagangan Jumaat lalu, lebih 135 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4505 sebelum menutup sekitar paras $1.4520; setelah permintaan untuk Dollar terus meningkat berbanding Pound, di tengah-tengah kebimbangan yang berterusan terhadap kelembapan ekonomi global dan sentimen kenaikan kadar UK yang lebih lewat serta isu ‘Brexit’ yang mendominasi pasaran Eropah.

Di pasaran UK, defisit perdagangan Britain dilaporkan mengecil pada bulan November, didorong sebahagiannya oleh kejatuhan harga minyak mentah, yang memotong nilai import minyak. Pejabat Statistik Kebangsaan UK (ONS) berkata, defisit barangan UK mengecil kepada £10.6 bilion ($15.5 bilion) pada November, berbanding dengan defisit sebanyak £11.2 bilion sebulan sebelum itu. Harga minyak jatuh sebanyak 13% pada bulan November, manakala jumlah minyak yang diimport jatuh hanya 2%. Eksport juga merosot, jatuh 1.3% pada November berbanding Oktober.

telegram-moshed

Import minyak jatuh sebanyak £500 juta dari bulan sebelumnya kepada £2.2 bilion, terima kasih kepada penurunan berterusan harga minyak di tengah-tengah lebihan bekalan.  Defisit perdagangan minyak UK adalah sebanyak £600 juta pada bulan November, turun £500 juta dari bulan sebelumnya. UK tidak pernah menikmati imbangan perdagangan yang positif sejak pertengahan 90-an.  Tiada laporan ekonomi berimpak tinggi dari UK dan AS hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register