728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 11 Mei 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 11 Mei 2016

Pound Dollar melonjak lebih 90 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4478 sebelum menutup sekitar paras $1.4442; setelah pasaran kekal dalam fokus terhadap referendum ‘Brexit’ dan keputusan kadar Bank of England (BoE) serta laporan inflasi UK esok.  Laporan suku tahunan esok akan menjadi petunjuk tentang pandangan dasar ‘mengenai kesan dari referendum Brexit yang akan datang, tentang trend dasar kewangan UK dalam jangka masa terdekat.

Satu nada laporan yang menyenangkan dilihat mungkin boleh mempengaruhi pengundi terhadap mengundi untuk tidak meninggalkan EU, yang dijangka meningkatkan nilai Sterling. Retorik BoE mencadangkan referendum itu bukanlah sebagai kesan yang besar kepada peluang kenaikan kadar yang boleh menghasilkan sokongan belian terhadap Pound.

Ekonomi UK dan Sterling mungkin tidak dapat memberikan prestasi terbaik dengan nada risiko dan kebimbangan referendum yang lebih rapuh, sekaligus menambah kepada sentimen negatif dalam jangka masa pendek. Puncak jangka masa pendek yang ketara bagi Pound dilihat bakal berada di tempatnya. Aliran data AS dan komen Feds, bagaimanapun, mungkin menjadi faktor kritikal dalam menentukan sama ada kadar tukaran GBP/USD akan jatuh ke kawasan $1.4000 atau lebih rendah pada bulan ini.

telegram-moshed

Kadar tukaran GBP/USD mencecah paras empat bulan tertinggi kepada sekitar $1.4770 pada permulaan perdagangan Eropah Isnin minggu lepas, sebelum menterbalikkan perjalanan dengan mendadak dan menggelongsor kembali ke paras terendah $1.4550 pada hari yang sama. Laporan produksi perkilangan UK untuk bulan Mac pada hari ini, dijangka datang pada 0.4% berbanding -1.1% untuk bulan Februari.  Angka yang mengatasi jangkaan silihat boleh melonjakkan Pound, ekoran tiada data berimpak tinggi dari AS hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register