728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 11 Nov 2015

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 55 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5145 ke serendah 1.5090, sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan; setelah mata wang UK itu kekal stabil selepas mengalami kejatuhan besar, ekoran tinjauan yang negatif dan kebimbangan Bank of England yang dinyatakan di dalam kenyataan keputusan kadar pada Khamis lalu dan komen oleh Gabenor Mark Carney.

Bank of England dijangka melambatkan sebarang pengetatan monetari ke tahun depan, dan ramai pedagang yang berkata bahawa Pound boleh jatuh lebih teruk. Strategi dari pemain perbankan ketiga terbesar di pasaran mata wang, Barclays, membuat pertaruhan pada Dollar berbanding Pound sebagai dagangan pilihan mereka untuk minggu ini.  Walaupun Bank of England dijangka menjadi bank pusat utama yang akan menaikkan kadar selepas Feds AS, pasaran telah menolak keluar jangkaan mereka, untuk kenaikan kadar UK daripada paras terendah dalam sejarah, kepada lewat 2016.

telegram-moshed

Gabenor BoE Mark Carney memberi isyarat bahawa beliau tidak dalam tergesa-gesa untuk menaikkan kadar, dan memberi amaran tentang risiko terhadap pertumbuhan ekonomi UK daripada perkembangan luaran.  Beberapa bank berkata, selepas mesej bahawa dari Carney, mereka menjangka angka pengangguran dan gaji minggu ini, akan menjadi lemah. Penganalisis lain juga merujuk kepada risiko yang lebih luas – daripada defisit luaran yang tinggi, harga rumah yang berkembang pesat dan pertumbuhan asas yang lemah – yang merupakan cabaran utama BoE sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register