728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 12 April 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 12 April 2016

Pound Dollar terus memacu naik Isnin semalam, lebih 175 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4285 sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar $1.4235; setelah Dollar terus dijual ekoran spekulasi pasaran yang masih ragu-ragu dengan kenaikan kadar AS pada tahun ini.  Di pasaran hadapan, permintaan untuk nota 2 tahun Perbendaharaan AS bagi penghantaran September dan Disember masih lemah, dengan 757 kontrak bagi September dan sifar bagi Disember.

Dalam pada itu, di pasaran UK, keadaan fundamental Sterling diburukkan lagi oleh angka Imbangan Perdagangan UK terkini, dengan Statistik rasmi menunjukkan bahawa lebihan penghantaran ke UK mengatasi eksport syarikat-syarikat British adalah mengejutkan pada £4.84 bilion pada bulan Februari lalu. Angka-angka ini, berikutan dari statistik bulan lepas yang menunjukkan defisit Akaun Semasa UK terkumpul lebih £150 bilion bagi tahun 2015; sekaligus memberi gambaran bahawa rakyat UK hidup di luar kemampuan mereka.

telegram-moshed

Jika rakyat Britain mengundi untuk mengekalkan keahlian dalam Kesatuan Eropah pada 23 Jun ini, seperti yang dijangkakan, Sterling akan mendapat 4% kenaikan sejurus selepas referendum, menurut satu tinjauan pendapat dari Reuters baru-baru ini. Walau bagaimanapun, jika Britain memutuskan untuk keluar dari EU, matawang UK itu dijangka jatuh 7% peratus, menurut pungutan suara itu lagi.

Pound telah jatuh ke paras paling lemah dalam hampir 2-1/2 tahun berbanding sekumpulan matawang utama, ekoran pelabur yang menunjukkan kebimbangan yang meningkat mengenai keputusan undi ‘Brexit’.  Hari ini UK bakal melaporkan angka inflasi yang dijangka stabil pada 0.3% dan AS pula akan melaporkan harga import yang dijangka meningkat dari -0.3% kepada 1%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register