728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 12 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-008

Pound Dollar melonjak lebih 105 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4605 sebelum susut semula lebih 75 pips untuk menutup sekitar paras $1.4540; setelah para trader membeli Pound yang berdagang jauh di bawah paras nilai sebenar.  Ketika ini, para pelabur dan trader melihat kepada keputusan kadar dari Bank of England pada Khamis ini, untuk arah Pound seterusnya.

Bank of England dijangka hampir pasti akan mengekalkan kadar dan program pembelian aset pada mesyuarat Khamis, tetapi ia akan menjadi penting untuk memantau minit yang dilampirkan untuk menilai kemungkinan perubahan kadar pada masa depan. Sentimen pasaran adalah bahawa BoE merupakan salah satu daripada dua bank pusat G10 yang dijangka akan menaikkan kadar pada tahun 2016.

telegram-moshed

Trader “interest rate” meramalkan anggaran 50% peluang untuk Bank of England menaikkan kadar pada tahun ini, dan ini dengan sendirinya boleh terus menyakiti Pound British berbanding Dolar Amerika Syarikat dan matawang utama lain. Walaupun secara umum, kadar yang tinggi membantu meningkatkan permintaan sesuatu matawang, tetapi itu bukanlah sesuatu yang pasti seperti apa yang berlaku kepada New Zealand Dollar pada tahun lepas.

Hari ini United Kingdom bakal melaporkan produksi perkilangan yang dijangka meningkat dari 0.4% di bawah sifar kepada 0.1% untuk bulan November dan Gabenor BoE dijangka berucap dalam panel diskusi dalam satu symposium kewangan di Paris, Perancis.  Tiada laporan berimpak tinggi dari Amerika Syarikat hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register