728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 12 Mei 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 12 Mei 2016

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1.4395 ke setinggi $1.4485, sebelum menutup sekitar paras $1.4445; setelah pasaran semakin bimbang dengan risiko UK keluar dari Kesatuan Eropah.  Dengan keputusan pungutan suara yang menunjukkan pertarungan sengit antara kempen ‘keluar’ dan ‘kekal’, kebimbangan memuncak menjelang referendum pada 23 Jun ini.

Kaji selidik baru-baru ini masih menunjukkan satu referendum sangat sengit pada 23 Jun ini, dan dengan hanya enam minggu sehingga undian bermula, pelabur telah mula menjadi lebih bimbang tentang risiko. Satu tinjauan dari syarikat penyelidikan pasaran ICM menunjukkan 46% daripada pengundi cenderung kepada kempen ‘keluar’, berbanding dengan 44% yang mahu ‘kekal’ dan 11% yang masih belum membuat keputusan.

Pasaran matawang telah mengambil kira peluang besar pada penurunan kadar Bank of England pada akhir tahun ini, mencerminkan kebimbangan terhadap kesan Brexit – atau pergolakan yang disebabkan oleh perubahan undian pungutan suara – kepada pertumbuhan ekonomi UK. Jawatankuasa dasar monetari BoE memulakan mesyuarat dua hari pada Rabu semalam, dan akan mengeluarkan laporan unjuran pertumbuhan dan inflasi dalam satu laporan suku tahun pada hari ini.

telegram-moshed

Berdasarkan peristiwa-peristiwa ini, keadaan dijangka sedang bersedia untuk penurunan seterusnya. “Aliran data ekonomi UK yang semakin lemah, telah menggandakan risiko kesan ketidaktentuan politik dan menyebabkan pasaran lebih cenderung untuk memfaktorkan penurunan kadar pada awal 2017, berbanding kenaikan kadar yang kami harapkan.” menurut BNP Paribas dalam satu laporan kepada pelanggan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register