GBPUSD Analisa Fundamental Harian 12 Nov 2015

0 2

David Simonds cartoon on British economy

Pound Dollar melonjak naik lebih 110 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.5225 sebelum menutup sekitar paras 1.5210; setelah pasaran teruja dengan laporan pengangguran UK yang lebih baik dari jangkaan.  Kadar pengangguran UK jatuh dari 5.4% kepada 5.3% –  paras terendah sejak tiga bulan hingga April 2008, walaupun permohonan bantuan pengangguran meningkat dari 500 kepada 3,300 pada bulan lepas.  Pendapatan purata adalah lebih rendah sedikit daripada jangkaan, 3% berbanding 3.2%, namun masih stabil seperti bulan lepas.

Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata dalam surat kepada Presiden Majlis Eropah bahawa permintaan beliau untuk reformasi EU bukanlah “Mission Impossible” tetapi harga yang perlu dibayar untuk Britain terus kekal dalam blok ekonomi Eropah itu. Cameron telah berjanji untuk mengadakan undian pada akhir tahun 2017, sama ada Britain akan kekal dalam Kesatuan Eropah, tetapi pasaran menjangkakan undian bakal diadakan pada tahun depan.

Ramai menghitung undian atau referendum tersebut boleh menyebabkan ketidaktentuan politik yang menjejaskan Sterling dan mungkin memaksa Bank of England untuk mengekalkan kadar dengan lebih lama lagi.  BoE minggu lalu, tidak memberi sebarang isyarat bahawa ia dalam tergesa-gesa untuk menaikkan kadar, sebaliknya menyemak semula jangkaan inflasi dan pertumbuhan kepada angka yang lebih rendah.

 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa