728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 13 April 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 13 April 2016

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar $1.4347 ke serendah $1.4195, sebelum memacu naik semula untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $1.4273; setelah data inflasi UK mengatasi jangkaan pasaran.  Namun, Dollar terus bertahan apabila para pelabur menilai semula minit mesyuarat FOMC dan kenyataan terbaru dari bebberapa presiden Feds cawangan.

Di pasaran UK, harga pengguna meningkat 0.5% daripada tahun sebelumnya, yang merupakan kadar terpantas sejak Disember 2014, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) UK semalam. Ini melebihi anggaran pasaran sebanyak 0.3%. Inflasi teras, yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga yang tidak menentu, melonjak tinggi kepada 1.5%, yang tertinggi sejak Oktober 2014.

Walaupun inflasi masih jauh di bawah sasaran Bank of England sebanyak 2%, angka tersebut mencadangkan ia meningkat selepas hampir setahun berlegar-legar di sekitar sifar. Pembuat dasar dijangka mengekalkan kadar penanda aras pada rekod terendah sehingga suku pertama tahun 2017, menurut ramalan median Bloomberg. Keputusan terbaru BoE akan diumumkan pada Khamis esok.

Bank of England telah berkata bahawa ia menjangka inflasi untuk kekal di bawah 1% pada tahun ini. Tambang penerbangan melonjak sebanyak 22.9% antara bulan Februari dan Mac, mencerminkan perbelanjaan sambutan ‘Easter’ yang awal berbanding dengan tahun lepas. Di samping itu, peningkatan dalam perbelanjaan pakaian dan kasut, adalah sebab utama bagi peningkatan Mac lalu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register