728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 13 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-019.jpg

Pound Dollar terus memacu naik lebih 175 pips Khamis semalam, dari paras terendah harian sekitar 1.5196, pada pagi sesi Eropah; selepas Gabenor Bank of England Mark Carney memberi komen yang positif terhadap kadar inflasi UK, dan menyatakan “interest rate” UK bakal dinaikkan lebih cepat dari jangkaan pasaran.  Pasaran yang kecewa tahun lepas selepas ahli Majlis MPC UK mengundi untuk mengekalkan “interest rate”; kini bertukar ghairah dengan komen terbaru BoE.

Kadar inflasi jatuh dibawah paras 0% pada tahun ini, sekaligus menjadikan UK dalam deflasi, ekoran kejatuhan harga minyak mentah; dilihat sebagai kesan positif menurut Gabenor Carney.  Menurut beliau, harga yang rendah mendorong pengguna meningkatkan perbelanjaan dan permintaan; sekaligus menjana ekonomi tempatan dan para peniaga bakal mendapat kesan yang positif.  Menurut beliau, langkah selanjutnya adalah untuk menaikkan “interest rate”.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari UK hari ini, Dollar dilihat kembali menguasai pasaran terutamanya jika “consumer sentimen index” AS yang dijangka stabil pada 98.1 dilaporkan lebih baik.  Para pelabur dilihat bakal mengambil untung jualan, ekoran perubahan sentimen terhadap Pound, kesan dari komen terbaru BoE.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register