banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 13 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-008

Pound Dollar memacu naik semula hampir 90 mata sekitar 1.5192 pada sesi New York , selepas jatuh lebih 90 mata sepanjang sesi Asia, Isnin semalam.  Walaupun “bullish engulfing candle” adalah jelas pada Jumaat lalu, ditambah pula dengan “hammer candle” Isnin semalam; sebarang pembelian Pound adalah untuk jangka masa singkat dan terhad, lantaran sentimen yang masih “bearish” terhadap Sterling.

Para pelabur institusi semakin bimbang dengan penguncupan ekonomi dan deflasi Euro-Zone, yang mula menular kedalam United Kingdom apabila kesan itu dapat dilihat pada GDP UK yang menguncup.  Hari ini, para penganalisa menjangka inflasi tahunan UK bakal jatuh dibawah 1% buat pertama kalinya sejak June 2002.

telegram-moshed

Pada masa yang sama, kejatuhan purata gaji sejam pekerja Amerika Syarikat ke paras terendah sejak 2006 pada Jumaat lalu, menjadikan para pelabur mula skeptikal terhadap kekuatan Dollar.  Keadaan ini dilihat bakal menggugat Federal Reserve AS dalam menaikkan “interest rate” secepat mungkin.

Hari ini, United Kingdom bakal melaporkan CPI tahunannya yang dijangka menyusut dari 1.0% kepada 0.7%  Tiada sebarang data dari Amerika Syarikat.  Pasaran dijangka terus “ranging” dan sebarang kenaikan kadar tukaran GBP|USD dilihat satu peluang untuk “sell-on-rally”.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register