banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 13 Jan 2016

Pound Dollar terus merudum lebih 205 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4350 sebelum menutup sekitar paras $1.4445; setelah data pengeluaran perindustrian dan pembuatan UK dilaporkan meleset dari jangkaan. Pengeluaran perindustrian jatuh 0.7% pada November daripada bulan sebelumnya, berbanding dengan ramalan tiada perubahan. Pengeluaran perkilangan pula menurun 0.4% berbanding pada bulan sebelumnya, jauh di bawah ramalan pengembangan sebanyak 0.1%.

Pengeluaran perkilangan untuk 12 bulan pula menyusut sebanyak 1.2%, penguncupan bulan kelima berturut-turut dan lebih teruk daripada ramalan penguncupan yang lebih sederhana sebanyak 0.8%. Kejatuhan mendadak pada bulan November dalam pengeluaran, dijangka melemahkan sektor perindustrian dan mengheret turun pertumbuhan KDNK (GDP) pada suku keempat buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun, sekaligus menyediakan satu lagi petunjuk bahawa pemulihan ekonomi keseluruhan telah kehilangan momentum.

telegram-moshed

Kejatuhan 0.4% dalam pengeluaran pembuatan mungkin menandakan kemunculan trend yang lemah, memandangkan kelemahan ketara yang dinyatakan dalam kaji selidik terkini dan kekuatan Pound yang berterusan. Data tersebut sejajar dengan laporan lain yang menyatakan kelemahan dalam sektor pembuatan. Satu kajian yang diterbitkan oleh Markit bulan ini menunjukkan pertumbuhan yang muram pada bulan Disember, menandakan ia hanya memberi sumbangan kecil kepada pertumbuhan ekonomi UK pada suku keempat 2015.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register